BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

About Me

My photo
Dungun, Malaysia
nitt..sempoi, agak pemalas, kasor, mudoh base...xsuke mnde yg remeh or yg crewet.. cepat marah tp kejap jer.. agak pelupa, suka membuang masa dimerata-rata tempat, time jiwang lentok gak hahaha... kuat nangis, klu xde kes pon nangis gak (bukan mnja k, tp hobi hahaha)... suka majuk and org pujuk..... klu x pujuk, waser mcm nok sepak jer...xmakan nasi byk, bukan jenis xnk mkn...tp takot makin gemok..hu..suke timbang berat badan,suka bersembang+mengumpat(sikit2), suke gelak jahat..and last...aku suke cari pasal, pastu xpasal2 dapat pasal hahahaha...

my bro

my bro

Wednesday, September 9, 2009

5 Syarat Untuk Buat Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang
menemui Ibrahim bin Adham. Dia
berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini
aku gemar bermaksiat. Tolong berikan
aku nasihat." Setelah mendengar
perkataan tersebut Ibrahim
berkata, "Jika kamu mahu menerima lima
syarat dan mampu melaksanakannya, maka
boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki
itu dengan tidak sabar-sabar
bertanya. "Apakah syarat-syarat itu,
wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat
pertama, jika kamu bermaksiat kepada
Allah, jangan memakan rezekinya."
Mendengar itu dia mengernyitkan kening
seraya berkata, "Dari mana aku mahu
makan? Bukankah semua yang ada di bumi
ini rezeki Allah?" "Ya!" tegas Ibrahim
bin Adham. "Kalau kamu sudah
memahaminya, masih mampukah memakan
rezekinya, sedangkan kamu selalu
berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau
mahu bermaksiat, jangan tinggal di
bumi-Nya!" Syarat ini membuat lelaki
itu terkejut setengah mati. Ibrahim
kembali berkata kepadanya, "Wahai
Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu
layak memakan rezeki-Nya dan tinggal
di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar
segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia
kemudian menanyakan syarat yang
ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu
masih mahu bermaksiat, carilah tempat
tersembunyi yang tidak dapat terlihat
oleh-Nya!" Lelaki itu kembali
terperanjat dan berkata, "Wahai
Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana
mungkin Allah tidak melihat
kita?" "Ya, kalau memang yakin
demikian, apakah kamu m asih
berkeinginan melakukan maksiat?" kata
Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan
meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat
maut datang hendak mencabut rohmu,
katakanlah kepadanya, ‘Ketepikan
kematianku dulu. Aku masih mahu
bertaubat dan melakukan amal soleh’."
Kemudian lelaki itu menggelengkan
kepala dan segera tersedar, "Wahai
Ibrahim, mana mungkin malaikat maut
akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah
meyakini bahawa kamu tidak boleh
menunda dan mengundurkan datangnya
kematianmu, lalu bagaimana engkau
boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"
Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah
kalau malaikat Zabaniyah datang hendak
mengiringmu ke api neraka di hari
kiamat nanti, jangan engkau ikut
bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu
insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak,
sudah pasti malaikat itu tidak
membiarkan aku menolak kehendaknya."
Dia tidak tahan lagi mendengar
perkataan Ibrahim. Air matanya
bercucuran. "Mulai saat ini aku
bertaubat kepada Allah." katanya
sambil teresak-esak.

0 comments: